Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang
Sistem Industri Berasaskan Kayu

Pengenalan

Sistem Perlesenan Industri Berasas Kayu (IBK) Negeri Pulau Pinang (e -Lesen IBKPP) merupakan sistem yang dibangunkan selaras dengan matlamat Kerajaan Negeri untuk mencapai 50% kutipan hasil negeri menerusi tanpa tunai 2023. Selain itu, sistem juga mengunapakai modul Sistem Permohonan Industri Berasas Kayu (SPIBK) Ibu pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (IPJPSM) dengan pengubahsuaian dan penambahan modul pembayaran eBayar Pulau Pinang. Disamping itu, system ini dapat mengubah landskap penyampaian Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) dengan memanfaat teknologi komuni kasi dan komputer (ICT) dan sebagai benchmark untuk pembangunan system seumpamanya untuk jenis hasil yang lain seperti permit penggunaan dan sewaan premis jabatan.

Kegunaan

Sistem ini digunakan oleh pemegang lesen IBK IBK, Penguatkuasaan, Pejabat Hutan Daerah,unit IBK,bahagian pentadbiran dan Pengarah Perhutanan Negeri bagi urusan yang melibatkan permohonan, pendaftaran, pengemaskinian, pengesahan permohonan dan pengurusan bayaran fee lesen.