Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang
Sistem Industri Berasaskan Kayu

Soalan Lazim

Adakah sistem ini boleh membuat permohonan baharu lesen IBK?

Tidak. Sistem ini hanya untuk memproses pembaharuan lesen IBK sedia ada yang sedang beroperasi

Bolehkah sistem ini menyemak status dan sejarah permohonan pembayaran?

Boleh. Maklumat IBK dan permohonan pembayaran disimpan di dalam sistem ini dan boleh diakses oleh pengguna

Adakah pengilang boleh membayar secara tunai?

Tidak. Sistem ini menggunakan pembayaran secara atas talian (online) sahaja

Adakah pengilangan perlu mengambil tandatangan di Pejabat Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang?

Tidak perlu. Sistem ini akan menjana satu dokumen rekod pembayaran untuk pengguna buktikan pembayaran dan lekatkan di dalam dokumen lesen asal.

Adakah sistem ini boleh mencetak resit pembayaran

Boleh. Pengguna boleh mencetak resit pembayaran setelah selesai proses pembayaran.

 

Adakah sistem ini menjaga maklumat pengilang?

Ya. Setiap pengguna hanya dapat mengakses maklumat pelesen yang didaftarkan sahaja

Saya terlupa kata laluan. Apa perlu saya lakukan?

Sila hubungi penyelaras sistem di Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang di talian 04-2625272 untuk set semula kata laluan dan sebarang masalah berkaitan sistem ini.

Bagaimanakah pengilang boleh mendaftar sistem ini?

Pemohon/Pengguna perlu memaklumkan kepada penyelaras sistem di Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang.

Saya tidak tahu menggunakan pembayaran secara atas talian?

Pengguna/Pelesen boleh melakukan pembayaran secara manual di Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang dengan menggunakan mesin terminal pembayaran kad debit/kredit. Tiada bayaran secara tunai diterima di jabatan ini. 

Kerajaan Negeri Pulau Pinang kini menggalakkan kaedah pembayaran secara tanpa tunai (cashless/online payment) di semua premis kerajaan

Jika ingin bertanya berkenaan sistem ini boleh hubungi siapa?

  1. Hubungi Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang di talian 04-2625272 pada waktu bekerja.
  2. Emel kepada emel rasmi jhnpp@forestry.gov.my.